Laman pembocor maklumat, WikiLeaks yang diasaskan oleh Julian Assange telah diiktiraf di Australia atas sumbangan cemerlangnya dalam dunia kewartawanan, menurut Perdana Menteri Julia Gillard, kelmarin.
WikiLeaks menerima Anugerah Kewartawanan Walkley kerana keberanian laman sesawang itu melaporkan serta mendedahkan maklumat rahsia Amerika Syarikat (AS).
“WikiLeaks telah menggunakan pendekatan baru untuk menembusi mekanisme dalaman kerajaan bagi mendedahkan segala kebenaran yang turut meruntuhkan tembok kekebalan AS,” menurut pemegang amanah Walkley pada majlis penganugerahan tersebut.
Anugerah Walkley ke-56 yang mempertandingkan 34 kategori dalam dunia penyiaran itu diadakan khas untuk mengiktiraf kecemerlangan petugas media di Australia.
1 Ulasan