FILEM pertama arahan pelakon terkenal Angelina Jolie, In the Land of Blood and Honey, mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat di seluruh dunia.
Mana tidaknya, pasangan kepada aktor popular Brad Pitt itu, disaman kerana ada unsur ciplak dalam filem sulungnya itu. Hal ini dibongkar seorang wartawan bernama, James J Braddock.
Menurut Braddock, plot yang menunjukkan mengenai seorang wanita yang bekerja di sebuah agensi kerajaan telah dirogol dan dibuli serta dipaksa bekerja sebagai hamba abdi dalam sebuah kem askar, mempunyai persamaan dengan jalan cerita yang ditulis dalam artikelnya pada
tahun 2007.
Cuba mendapatkan hak cipta ke atas jalan ceritanya itu, Braddock meminta ganti rugi. Selain Angelina, GK Films yang bertanggungjawab menerbitkan filem ini juga disaman.
Bagaimanapun, sehingga kini Angelina dan pihak produksinya itu belum memberi sebarang kenyataan. Menurut sumber, Angelina kini dalam keadaan tertekan. In the Land of Blood and Honey, dijangka akan ditayangkan pada 23 Disember nanti
1 Ulasan
tapi kalau die berada di pihak yang benar...defend je la, it could be coincience or otherwise...