Cerita ini dah 2 minggiu berlalu tapi aku nak kongsi sikit dengan semu arakan –rakan blogger. Kisah nasihat …hehhehehe
Cerita ini berkisar di rumah ibu aku. Depan rumah ibu aku terdapat pangkin tua tempat lepak orang tua-tua.Aku pernah buat siri pangkin tua dahulu.
Pada suatu malam di pangkin luar rumah ibu aku terdapat orang tengah lepak. Memang kebiasaan budak-budak muda lepak kat pangkin depan rumah aku tu..Biasalah budak-budak muda…
Tapi masalahnya budak-budak ini bila merokok buang puntung sepah-sepah. Biasanya mak aku tegur dari luar tingkap kalau lepak-lepak suruh jaga kebersihan. Aku setiap minggu kalau balik, macam biasa dengar mak aku membebel budak-budak kalau lepak kat pangkin tua rumah aku tu selalu bersepah-sepah-sepah.
Berbalik pada cerita tadi, malam tu mak aku tegur satu mamat tu kalau duduk jaga kebersihan.
Mak aku berkata” Tamby kalau lu duduk jangan sepah-sepah yek” seperti biasa menegur budak-budak kat sana.
Budak tu balas” Baik Makcikkkkk”
Tiba-tiba nak dijadikan cerita dalam masa 10 minit budak tu ada depan rumah aku menjerit ”Kakak…kakak”…memanggil mak aku.
Masa tu mak aku kat dapur tak dengar. Dan aku pun malas nak layan, tah-tah tengah mabuk kot. Dalam hati aku berkata.
Selang beberapa minit dia dating lagi, memanggil “ Kakak…kakak” depan rumah mak aku.
Aku pun keluar…
Aku pun jerit “ Apa lu mau!!!”
Budak tu nak cakap, cepat-cepat aku santas..’ Hoiii!!! Lu belah sekarang…belah sekarang”
Budak tu pun belah balik ke pangkin tua depan rumah aku.
Betul jangkaan aku, dia tengah mabuk!!!
Masa tu hati aku tengah panas, banyak aku fikirkan.
a) Pertama, sekarang ini aku ada, OK ler budak tu aku maki kan. Kalau besok aku tak der, kang dia buat hal esok . Tak ker naya mak aku.
b) Tindakan mesti dibuat untuk selesaikan masalah ini, samada nak jumpa budak ni kasi amaran terakhir atau buat bodoh.
c) Kalau aku pergi, mesti panjang jalan cerita ni.. Samada budak tu aku belasah atau aku kena belasah..kekekekkeke.
Lama gak aku duduk kat luar sambil aku hisap rokok sambil memandang pangkin tu. Dengan harapan biar budak tu nampak aku dan panggil aku…jerit kat aku ker..atau apa-apa ler…hehhehehe. Ada alasan aku nak kasi sound dia.
Aku memang dah nekad kalau dia sound aku, memang aku pergi dan apa nak jadi…tu kisah nombor 2 lerrr…
Akhirnya selang beberapa minit , budak tu pun belah, lalu depan rumah aku tanpa pandang aku.
Tapi hati masih tak sedap, esoknya aku pergi balai polis beritahu ada budak-budak minum arak kat taman aku. Minta rounding kalau ada masa.
Syukur alhamdulilah , keesokkan aku telefon mak aku dia kata ada polis rounding dalam pukul 1.00am.
Dan sampai sekarang muka budak tu aku tak nampak lagi!!!
Aku sebenarnya bukan kaki gaduh tapi bila melibatkan keluarga, ni masalahnya. Aku selalu bayangkan kalau ada orang marah isteri aku. Apa aku nak buat?
Kalau fikirkan ego sebagai suami atau bapa, pasti aku repeat orang yang marah bini aku. Tapi kalau difikirkan secara rasional, kang bodoh buat benda macam ni…
Undang-undang ada kat Malaysia ini, buat ajer repot polis.
Tapi sebagai manusia dan ketua keluarga, nak menjaga air muka kita kononnya kita bertekak dengan seseorang tu…Kononnya kita ni memang suami atau anak yang prihatin..kekekekeke.
Betul ker?
Aku awal-awal dah sound bini aku, jangan buat hal atau campur tangan hal orang. Kalau apa-apa berlaku kat DIA , nanti aku dalam keadaan serba salah dan mungkin aku buat tindakan yang bodoh atau tak buat apa-apa ( berdasarkan situasi).
So jangan kata aku ni suami yang tak bertimbang rasa, lainlah kalau ada perkara yang tak dapat dielakkan. Dan aku selalu berdoa, agar dijauhkan situasi sebegini!!!
ANDA PULA BAGAIMANA JIKA SITUASI BEGINI BERLAKU PADA ANDA?
Berbalik pada cerita tadi, aku nasihat mak aku, lain kali jangan tegur budak-budak ini. Ada budak muda yang hormat orang tua dan ada juga yang tak hormat orang tua… Panjang gak aku kaunseling mak aku..kekekekeke. Hati seorang anak, mana tak risau….
Last mak aku cakap” lain kali tak mahu tegur lerr, takut benda-benda macam ni”
Aku tahu mak aku bukan risau pasal kes tempoh hari, risau tengok muka aku merah malam tu dalam keadaan marah …hahahhaha.
0 Ulasan