Bantuan RM500 Bermula Di Melaka ( BR1M)

Bantuan RM500 Bermula Di Melaka ( BR1M)

Nak borang on line - Klik sini
Hari ni agak sibuk kerana hari ini aku menjadi sukarelawan kepada warga emas Bandar Hilir hantar mereka ke Japerun Bandar Hilir isi borang bantuan 1 Malaysia RM500.
Sebenarnya aku nak hantar mak aku ajer, mak aku kan ibu tunggal dan tinggal sorang-sorang dan umurnya melebihi 60 tahun so cukup layak memohon bantuan RM500.
Tah macam mana, member-member mak aku tahu ...emmm semua nak ikut..


Tapi sebelum tu aku berposak-posak cari kedai potostat nak potostat I/C makcik-makcik ni yang berumur 60 tahun ke atas. Time bila nak pakai, time tu ler mesin kedai potostat sana rosak..kedai tak buka...

Setelah selesai aku bawa mereka ke Japerun Banda Hilir , Melaka. Aku susun semua kat belakang aku. Takut hilang lak...heheheh. Kang hilang , masalah aku nak jawab ngan anak mereka. Aku tuliskan nama mereka dan kemudian aku dapat borang.
Nasib baik tak belum ramai orang, aku sampai dalam kul 11.00am tadi.

Borang pun tak susah nak isi , ambil masa 3 minit ajer. Aku tuliskan nama mereka dan kemudian kepilkan borang dan I/C potostat mereka sekali dan kemudian awek yang jaga kaunter tu check. Semua cop pakai cap jari...
Ada nyonya tu namanya Nyonya Kim..
Dia kata" Hanif, saya bukan tak boleh tulis tapi tangan tarak kuat"
Aku kata" Tak per, nyonya. Kita ramai-ramai nanti cop jari jugak"
Aku senyum...nyonya ni auta kat aku ......hehehehehe

Setelah awek yang jaga kaunter tu check , maka mereka dapat kepilan kecil borang tadi. Aku cakap kat semua tolong simpan kepilan tu.. Tu sebagai bukti dan senang nanti nak follow up kalau tak dapat duit nanti..
So aku hantar semua balik rumah, dalam kereta aku sempat kata, aku nak komisen 10%...hahahahhaa.
(Acah ajer)

Apa yang aku lihat warga emas memang cukup senang pengurusannya lebih-lebih lagi jika berumur 60 tahun ke atas.
Manakala untuk yang berkerja, perlu I/C potostat dan payslip.Tu ajer....
Tapi aku lihat , ada mamat tu kena soal siasat ngan jaga kaunter tu...

Aku tak layak sebab isi rumah aku ngan bini aku melebihi RM3K tapi zaman sekarang ni mana cukup....huhu.
Walau apa pun aku namakan ini adalah ihsan kerajaan, kita kena  tetap bersyukur ada bantuan untuk pihak-pihak lain terutama yang ramai anak ni. Nak beli baju sekolah dan macam-macam..
Yang layak jom pergi.. yang tak layak jangan tipu-tipu lak yekkkk..
Yang ada ibu tua berumur 60 tahun ke atas, pergi minta. Ini spesial untuk warga emas.
Ingat!!! wang tu untuk mereka yang benar-benar memerlukan dan layak sahaja.


Syarat permohonan


Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
Kriteria pemohon
-Ketua Isi rumah yang merangkumi :-


  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Talian hotline BR1M
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Catat Ulasan

1 Ulasan

zareliqa afiqa berkata…
wehuuu! kalau ai nak mohon bole tak agak2. Cukup syarat tak? hehehe, :D