Teruja memiliki anak perempuan, David Bekcham, sanggup berhabis untuk Herper Seven, yang baru berusia empat bulan.
Menurut David, dia sanggup membeli pelbagai koleksi pakaian yang cantik dan mahal demi satu-satu puterinya itu.
Jelas David, dia gembira dan teruja melihat Herper bergaya seperti ibunya, Victoria yang terkenal sebagai ikon fesyen.
“Apa yang terbaru untuk Harper dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya akan beli. Malah abang-abangnya, Brooklyn, 12, Romeo, 9 dan Cruz, 6, juga gemar menghias Harper.
“Saya juga gemar membelikan Harper penyepit rambut yang pelbagai dan dia kelihatan comel sekali,” kata David.
0 Ulasan