Hari ini tak mahu cerita tentang SEO, Alexa, Pagerank atau Nuffnang!!!
Hari ini aku nak gembirakan hati aku dapat bonus hari ini!!!
Sekali lagi diucapkan dengan lantang aku dapat bonus hari ini....
Terima kasih diucapkan pada syarikat yang menjaga kebajikan pekerja dengan memberi saguhati berbentuk bonus kepada kami.
Aku memang dah rancang nak beli lens untuk kamera aku, mula-mula target lens 70-300mm siap dengan makro len. Tapi bila difikirkan aku nak beli 18-200mm dan satu set extension tube makro len.
Cukuplah tu....itu sebenarnya idaman aku sejak bulan Jun lagi.. Macam-macam hal sampai buat aku tergendala nak beli len....
Yang penting bini dah kasi approval, walau pun duit aku tapi bab-bab macam ni sendiri mahu faham. Kena beritahu bini, bukan boleh sembunyi benda ni...kekekekekeke.
Ok ler..hari ini entri rilex. Kalau tiap-tiap hari buat entri pasal SEO. tentu semua bosan. Betul tak? Sejak dapat PR1 ini, suka tak suka kita kena upgrade SEO kita kalau nak naik satu step lagi. Tu yang buat aku bersemangat...Sori yek kalau semangat aku dalam bentuk entri sampai membosankan anda semua...
Doakan semoga saya dapat len sebelum hari Jumaat ini...heheheheh
4 Ulasan
ehehehehe