Britain Mogok Lagi!!

Britain Mogok Lagi!!

Tak habis-habis Britain ini dengan mogok yang berterusan....
Tapi mana tak mogok, penjawat awam umur persaraan sehingga 66 tahun!!! Kerja Gila untuk pendapat aku .
Lalu macam mana lak dengan anak muda kita....
Ini gara-gara nak potong duit kebajikan ler tu...

Lebih dua juta pekerja awam dijangka mogok hari ini sebagai protes perubahan dalam pencen mereka, tindakan industri terbesar di Britain sejak tiga dekad lalu.
Ribuan sekolah dijangka ditutup, sampah tidak dipungut dan hospital kekurangan kakitangan berikutan tindakan ini.
Penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London, satu daripada lapangan terbang paling sibuk di dunia dimaklumkan kemungkinan kelewatan berlepas sehingga 12 jam untuk membolehkan pasport diperiksa berikutan ramai pekerja mogok.


Mogok itu akan menjadi ujian terbesar setakat ini bagi kerajaan campuran Perdana Menteri David Cameron yang mencetuskan kemarahan kesatuan dengan mencadangkan umur persaraan untuk pekerja awam selari dengan pencen negeri.
Pembaharuan itu bermakna kebanyakan kakitangan awam, pekerja majlis dan guru terpaksa bekerja sehingga berusia 66 tahun dan kebanyakan mereka perlu menyimpan lebih untuk persaraan, mengurangkan gaji mereka

Catat Ulasan

0 Ulasan