Tindakan nekad seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mencuri bas kilang di Taman Rasa Sayang Ahad lalu, dipercayai akibat terdesak selepas bergaduh dengan sekumpulan remaja di taman berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban. Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek difahamkan cuba melarikan diri dengan memandu bas kilang dipercayai milik seorang penduduk di taman berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tidak tinggal di Taman Rasa Sayang, dipercayai bergaduh dengan sekumpulan remaja di taman itu menyebabkan dia cuba melarikan diri dengan mencuri dan memandu bas terbabit yang kebetulan kuncinya ditinggalkan dalam kenderaan.
“Tindakannya itu menyebabkan empat kereta mengalami kerosakan selepas dilanggar suspek yang gagal mengawal bas berkenaan,” katanya.
0 Ulasan