Denda RM465Billion Kerana Buli

Denda RM465Billion Kerana Buli

Juri di Texas semalam memberikan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM465 bilion), yang tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, kepada keluarga seorang budak yang dibakar pada hari ulang tahun kelahirannya yang kelapan dan mati akibat kecederaan itu 12 tahun kemudian.
Ibu bapa Robbie Middleton sedar bahawa mereka mungkin tidak akan menerima sesen pun daripada pembuli itu yang memusnahkan kehidupan anak mereka dan melakukan satu lagi serangan seksual terhadap seorang budak, kata peguam mereka, Craig Sico.



Matlamat mereka ialah untuk menggunakan kes sivil itu bagi mendesak pendakwa raya di Montgomery County, Texas bagi mendakwa pembuli terbabit, Don Wilburn Collins atas tuduhan membunuh.

“Juri memberitahu kami bahawa alasan mereka membuat keputusan itu ialah untuk memastikan mesej mereka didengar,” kata Sico.


Collins baru berusia 13 tahun apabila dia menyerang Middleton pada 28 Jun 1998.

Dia ditangkap tetapi tidak didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap Middleton. Dua minggu kemudian, dia menemui Middleton dalam hutan, mengikatnya pada sebatang pokok dan membakar mangsa selepas mencurahkan minyak tanah pada tubuhnya.

Walaupun 99 peratus anggota tubuhnya melecur, Middleton berjaya membebaskan dirinya dan lari untuk meminta bantuan.

Dia menjalani pembedahan menggantikan kulit selama lima bulan tetapi kecacatannya kekal.

Barah kulit yang menyebabkan kematiannya pada 29 April 29, 2011 berpunca daripada kecederaan yang dialaminya.

Collins akhirnya didapati bersalah pada usia 16 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi budak berusia lapan tahun.

Dia dihukum penjara empat tahun di penjara untuk remaja.

Catat Ulasan

2 Ulasan

MalizaMah berkata…
uuiii naaaa..... dah kena denda..
buli lagi.
Tanpa Nama berkata…
memang patut..