
Sebenarnya aku tak merancang nak buat trip ini tapi salah seorang leader aku mengidam nak ke Genting Highland so aku rancangkan jadualnya. Mula-mula target 1 van sahaja sebab aku ada kawan yang bawa Van pelancongan. Tapi ada lebihan operator so, aku penuhkan satu bas. Tiba-tiba lebih 44 orang...husss!!! Aku pakai 2 bas tapi total semua yang pergi hanya 65 orang sahaja. ( Average satu bas 33 orang).
Pada dasarnya memang tak berbaloi buat 2 bas yag tak penuh tapi atas keselesaan aku booking ajer bas tu, aku tak pikirkan sangat keuntungan janji aku pergi free. Upah penat aku maaa!!! Takkan kerja nak free...
Nak dijadikan hal, masalah tiket lak timbul. Mula-mula agen tu kata tiket Theme Park dengan kereta kabel RM50. Tiba-tiba dia kata effective 1.01.2012 kereta kabel dan Theme Park asing tiket. Pehh!!!!!
Lalu dengan muka tebal aku terpaksa minta tambahan RM10. Takkan aku nak tambah, kalau aku untung riban-riban lain ler....hehehe
Anak-anak dan bini aku dah siap sedia beli baju sejuk..kekekekekeke.
Sekarang hanya bersiap sedia untuk bergerak pada 31.12.2011, so doakan agar kami selamat tiba dab bergembira...
Happy New Year Pada Semua dan Happy Holiday........
5 Ulasan
perghhhh!~
hepy holiday ya:)
thanks all..