Industri pelancongan di negeri ini mencipta sejarah tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia 2010/2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Empat kejayaan tersebut apabila Hotel Holiday Inn muncul pemenang kategori Perkhidmatan Hotel Terbaik, Shaukani Abbas bagi Pemandu Pelancong Terbaik, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Hotel Naza Talya menerusi kategori Program Jelajah Terbaik.
Manakala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pula menerima anugerah bagi kategori Tarikan Pelancongan Inovatif.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan kejayaan itu membuktikan industri pelancongan di negeri ini mendapat pengiktirafan daripada seluruh rakyat di negara ini.
Menurutnya, pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.
"Ini akan memberi motivasi kepada pengusaha-pengusaha lain untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, faktor kebersihan dan layan mesra bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,'' ujarnya di sini.
Beliau berkata, atas kejayaan tersebut, kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas bagi meraikan mereka yang telah mengharumkan nama Melaka di pentas pelancongan.
Sehubungan itu, Mohd. Ali mahu mereka yang memenangi anugerah tersebut terus
0 Ulasan