Semalam tengok wayang Hindustan Don 2 lakonan Shah Rukh Khan.
Wayang start pukul 9.00pm dan aku dan wife aku tiba pukul 8.45pm. Mula-mula mamat yang jaga kaunter tu kata tiekt dah habis. Lalu aku ajak bini aku tengok cerita Sherlock Holmes tapi dengan muka mencuka bini aku kata TAK NAK!!!
Tiba-tiba mamat yang jaga kaunter tu kata tiket ada lagi...tapi nombor 2 sebelum barisan hadapan sekali. Aku ambil ajer tiket tersebut..
Jom baca sinopsis cerita ini:
Pertama aku kasi 5/5 bintang. Ceritanya penuh dengan aksi sebab tu ia dikategori 18PG. Teknik gaduh pun dahsyat yang terkeluar dari norma-norma klise Hindustan yang heronya kekuatannya melampau-lampau..hehehehehe. ( Teringat Rajni dan Vijay...hero Tamil kesayangan aku)
Keduanya ialah latar belakang atau Orang Putih panggil Cinematographi ( entah macam mana ejaannya) memang lawa ler. Hindustan movie kita tak dapat sangkalkan kehebatan mereka dalam bab-bab ini.
Lagu lak hanya ada satu buah sahaja, masa Don berjaya melarikan diri dari penjara Malaysia. Ini pun lari dari klise cerita Hindustan yang penuh dengan lagu!!!
Pelakon Malaysia juga terlibat dalam filem ini... Jangan main-main iatu Adi Putra!! Tapi memang macam hawau muka Adi Putra. Ada ker rambut sikat tepi dan siap pakai cermin mata. Tak hensem langsung...kekekekeke. Dia pegang watak jadi lawyer Don masa di Malaysia.
Hitrik Roshan juga berlakon semasa Don menyamar ke majlis amal Pusat Kewangan di Berlin. Kononnya Don pakai wajah palsu untuk elak dikenalai oleh polis lerr.Hitrik Roshan siap menari lagi dengan Roma ( polis Interpol yang kejar Don). Dalam hati aku berkata bila ler aku nak dapat body macam Hitrik ini...hemmmmm.
Kesimpulannya cerita ini memang best dan sukar nak buat penilaian apa tindakan Don seterusnya. Kita asik tertanya-tanya sepanjang perjalanan cerita ini. Ini kekeuatan filem ini !!!Aksi memang best dan sepanjang cerita ini penuh dengan aksi. Tak salah saya katakan ia standard dengan filem Mission Imposibble!!!! Macam confindent ajer...hehehehehe.
Aku tak nak review banyak-banyak sinopsis kerana dah ramai buat sinopsis.
Ceritanya berkisar tentang Don yang menyerah diri kepada polis Malaysia dan beliau dipenjarakan di penjara Malaysia. Tujuannya nak jumpa Vardhaan untuk dapatkan lokasi kunci loker bank. Ceritanya mengenai perancangan Don untuk merompak plate/ mould Euro dari pusat pencetakan Euro. Pelbagai teknik yang digunakan dan aku terus terang katakan perancangan Don dalam merompak pusat kewangan tersebut memang marvelous. Aku tak dapat baca macam mana dia nak rompak..itu kelebihannya. Semasa merompak beliau dibantu oleh gangster Don 1 iaitu Vardhaan, Komputer genius Sameer dan gangster Berlin Jabbar.
3 Ulasan
mereka kata best..
nk berkunjung tgk citer PAPA , I LOVE U ... dan citer JET LI berlakon tu......
hihihi
Regards,
-Strider-