Selain itu perjalanan ceritanya terumbang-ambing dan sukar untuk memahami kesinambungan dari suatu cerita ke suatu cerita. Berserabut!!!! Tapi akhirnya mereka ditemukan dalam suatu kumpulan.. tapi penggarapan cerita ini lemah.
Ia nak ikut macam Hantu Mak Limah tapi tak menjadi!!
Cerita hantu..memang kita nak tengok hantu!!! Dan berdasarkan standard cerita hantu Melayu yang aku dah tengok. Cerita ini ketakutannya amatlah tidak takut!!!!hehhehehe. Mula-mula ajer macam takut, last-last hampeh. Teknik menakutkan penonton stailed lama. Orang dah tak pakai stail lama ni....
Memang tak takut tapi anak aku takut ler....secukup menakutkan kanak-kanak umur 8 tahun..
Kasihan Angah, susah payah telan cacing tu tapi tak menjadi ..yekkk!!!
Dah paling aku kagum, ia nak buat episod 2 Suatu Malam Kubur Berasap...hehehehhe. Mungkin dia target dapat juta-juta kot...
Aku bukan nak kutuk filem ini, memang best kalu 10 tahun lepas!!! Sekarang dah ramai pengarah cerita hantu yang best-best.... Sekarang ni filem Melayu paling ciput pun untung RM4juta so jangan rosakkan standard yang ada sekarang ini.
Kalau aku salah tolong betulkan..
Jom baca sinopsisnya:
Sinopsis:
Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar
merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam.

Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku.

Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka.
9 Ulasan
aku setuju..
aku pun ada review filem ni gak..
mmg serabut..
penggarapan lemah...
trailer dia pergh terkejut mejut liza tgk dlm panggung.....
tak sabar nk tgk papa, i love u... hihihi.....
Regards,
-Strider-