Kanak-kanak 10 tahun mengaku membunuh

Kanak-kanak 10 tahun mengaku membunuh

Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun di Sweden mengaku mahu membunuh rakannya yang berusia 4 tahun menggunakan ‘skipping rope’ (tali lompat).

Laporan media tempatan menyatakan mangsa dibunuh selepas melarikan diri dari taman permainan di sebuah kampung di selatan Ljungby, selepas bergaduh dengan kanak-kanak lain.

Beberapa jam kemudian, mayat mangsa ditemui dalam sebuah belukar berhampiran kawasan kediaman.

Polis yang enggan mengulas motif sebenar memberitahu, sewaktu kejadian pada 16 Oktober lalu, kanak-kanak tersebut bertindak mencekik mangsa menggunakan tali lompat

Catat Ulasan

0 Ulasan