Lisa Surahani Kahwin ?

Lisa Surahani Kahwin ?

Umum mengetahui hubungan cinta antara pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim. Malah hubungan yang mendapat perhatian ramai sehingga timbul spekulasi mengatakan mereka akan berkahwin Februari tahun depan.

Lisa yang ditemui selepas selesai pratonton Ombak Rindu di GSC Midvalley baru-baru ini tidak mengiakan mahupun menafikan khabar itu. Malah Lisa lebih senang membiarkan persoalan itu diungkai oleh kekasihnya yang kini sedang sibuk membikin filem Vikingdom.
“Yusry berpesan kepada Lisa supaya tidak menjawab soalan berkaitan perkahwinan kami kerana Yusry sendiri yang akan memberikan jawapan.

“Lisa menghormati keputusan Yusry. Bagi Yusry, dia memohon maaf dan meminta untuk menghabiskan pembikinan filem Vikingdom terlebih dahulu,
kemudian dia akan jawab setiap persoalan dari rakan media” katanya.

Tidak samapi setahun menjalinkan hubungan, ia sesuatu yang sukar untuk Lisa nyatakan sejauh mana dia mengenali hati budi Yusry.

“Susah nak cakap sejauh mana kami saling mengenali. Bagi Lisa, walaupun pasangan itu sudah berkahwin, mereka masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada Lisa sudah bersedia mendirikan rumah tangga atau belum, Lisa berkata, dia hanya berserah kepada ALLAH SWT untuk menentukan segalanya.

“Lisa anggar berkahwin pada usia 24 tahun, tetapi kini Lisa sudah berusia 25 tahun dan ia telah tersasar. Jadi Lisa tidak berani nak cakap.
"Jika sudah tiba masanya, mungkin masa itu Lisa sudah bersedia. Lisa harap peminat mendoakan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Mila cabar kemampuan Lisa

Lisa yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, Ombak Rindu mengakui watak Mila yang dipegang satu cabaran buatnya.

“Mila watak tidak disukai semua wanita, tetapi dia bukanlah seorang yang jahat sepenuhnya. Ada masa dia juga baik, adakala dia juga akan jadi jahat.

“Lisa banyak buat kajian untuk menghayati watak Mila ini. Abang Osman Ali (pengarah) banyak memberi rujukan dan tunjuk ajar kepada Lisa,” katanya.
Lisa turut menegaskan, dia mahu setiap watak dibawa secara natural. Malah, Lisa mahu ada dirinya dalam watak tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan