Money Not Enough

Money Not Enough

Tempoh hari ada menonton filem cina kat TV2 tajuk Money Not Enough.

Menceritakan tentang 3 sahabat baik yang menghadapi masalah kewangan. Seorang berhutang dengan along dan tidak mampu membayarnya disebabkan masalah perniagaannya. Manakala seorang lagi berhenti kerja dan pada masa yang sama rugi dalam saham. Seorang lagi hanya pelayan kedai yg bergaji kecil dan menghadapi masalah merawat ibunya mempunyai penyakit kanser.

Sebelum mereka menghadapi masalah kewangan, perbelanjaan dgn pendapatan pun tidak mencukupi. Apatah lagi pada masa sekarang. Sepanjang penceritaan filem ini, pelbagai musibah mereka alami.

Akhirnya mereka membuka perniagaan cuci kereta dan berjaya mendapatkan tender dengan syarikat besar mencuci kereta. Dan mereka telah menjadi usahawan berjaya.Tapi sama seperti dahulu, bila pendapatan tinggi pun masih menghadapi masalah kewangan kerana bila periuk besar maka kerak pun besar.

Kesimpulan cerita ni, berapa banyak pun duit kita ada ianya takkan mencukupi kalau tidak bijak menanganinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan