Ombak Rindu Kutipan Dan Sinopsis

Ombak Rindu Kutipan Dan Sinopsis

Baru saja ditayangkan bermula semalam, filem adaptasi novel terkenal, Ombak Rindu, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM750,000.
Perkara itu dimaklumkan sendiri pengarahnya, Osman Ali, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian.
"Alhamdulillah, seperti yang diberitahu pihak pawagam, sambutan daripada penonton sangat memberangsangkan pada hari pertama tayangan filem ini, semalam.
"Memang tidak disangka, tiket untuk semua waktu tayangan habis dijual tidak sampai petang sekali gus membuktikan filem ini benar-benar ditunggu-tunggu peminat,"  katanya.
Selain jalan ceritanya yang menarik, Ombak Rindu turut dibintangi barisan pelakon popular masa kini iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.
Filem ini diadaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashari dan diterbitkan Alaf 21, Kumpulan Media Karangkraf.
Sinopsis -jom baca sinopsisnya

Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.
Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
 
Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.
 
Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta ketulusan cinta pada suaminya Hariz.
 
Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.
 
Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu adalah pilihan tepat.
 
Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat romantik membuatkan penonton 'cair'.
 
Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini. Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci' penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.
 
Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.
 
Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae. Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada akhirnya dia menemui cinta lain.
 
Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan. Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan penonton.
 
Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan,
 
Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak sebagai isteri.
 
Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka.

Catat Ulasan

1 Ulasan

miss kecoh berkata…
mcm best jee.... x tgk lg cite ni..