Perlukah Maintenance Blog

Perlukah Maintenance Blog

Sejak kebelakangan  ini aku memang ketahui blog aku ni loading time memang cukup berat. Terhegeh-hegeh nak keluar.
Ini disebabkan aku dah lama sangat tak buat blog maintenance termasuk check widget-widget aku...
Sibuk dengan entri dan sibuk uruskan bloglist aku yang semakin banyak...
Sibuk dengan Alexa Rank ajer...
Tambahan ada kerja pejabat yang  berlambak...hehehhehe ( alasan tuuu)

Semalam aku check ler loading time aku mak oiii..... malu nak cakap... lebih 20sec...iskkk.
Sebab tu pengunjung makin kurang...
So semalam aku buang widget yang lembab bedasarkan data dari ping.dom.
Google Plus aku masukkan dalam pages ( nama Google Plus).
Gambar jom exchange bloglist aku buang....( dah lama sangat aku gantung gambar tu)
Ping-ping sistem yang dah lama aku tak guna aku buang...
Baru lega sikit dapat dalam 7sec..tu pun tinggi lagi.
So untuk 2 atau 3 hari ini aku nak buat entri tanpa gambar!!! Sajer nak lihat macam mana loading time!!!
Kedua aku pergi ke Webmaster Tools,  aku check crawler error 404 terdapat 93 error  aku dan aku remove satu-satu...boring sangat!!!!

Ketiga aku check internal link dan external link aku ....huhuhuhu.
Total aku punya 149.
Tapi kata blogger otai paling cantik mesti bawah 100 kalau nak mesra SEO.
Boleh ler tu!!!

Semalam semasa buang gadget yang tak pakai, aku terbuang shout box aku...heheheh.
Dah satu hal aku kena buat yang baru..
Lagi pun memang aku plan nak buat yang baru sebab shoutmix bulan depan kena bayar...huhuu.
Aku pakai Myshoutbox...
Nak dekat 30 minit gak belek-belek shoutbox baru tu...
Datang bodoh aku tetiba tak tahu macam mana nak buat..isskkk...
Sampai sekarang aku tak reti macam mana nak kasi lawa...
Last2 aku pakai jer macam tu....kekekekek

Lepas tu aku check melalui internal link/ external link yang mana aku terlepas buat nofollow.
Aku updated sikit lebih kurang ajer.
Ini lah masalahnya bila kita buat 5 entri satu hari kadang-kadang terlepas benda-benda macam ini.

Kemudian aku check Bing dan Google pageindex aku. Macam biasa , teruk ajer.
Sekarang ni nak manual pingkan ke Google dan Bing dah malas so lambat index...hehehe

Kemudian aku pergi Google Analytic, saja-saja nak check....
Kemudian aku pergi ke Stat Counter kononnya nak analisis pages popular, keyword.....tapi bila tengok tak paham.

Sebenarnya aku memang malas nak buat maintenance blog, mesti tangan aku gatal nak tambah yang ini...nak kurang yang  ini..
Last-last kau orang pun tahu apa yang jadi....
Tapi mesti kena buat!!!!
Macam kereta kau gak..tiap kali kena tukar minyak hitam.
Blog pun macam tu juga....
Cukuplah aku check loading time, check crawler, internal  link dan external link...
Bukan mesra SEO tapi mesra pembaca..
Kau buat apa pun ....dalam blogging ini akhirnya yang penting pembaca/follower kau juga...Betul tak?
Anda macam mana?

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
SALAM,
LF TAK TAK TAHU SGT FASAL BENDA2 TEKNIKAL NI. NAK TERANGKAN DI SINI TAK BERAPA PANDAI. BYK BUAT SECARA GUTU2, CUBA2. SELALU PERGI KE GOOGLE SEARCH BERTANYAKAN "HOW TO ...". SPTMANA SDR HANIF, LF TAK SUKA KALAU PAGE LOADING TU AMBIL MASA YG PANJANG (KERANA PEMBACA BIASANYA TAK SUKA TUNGGU LAMA). JADI APA YG LF BUAT (TAK PASTI CARA NI BETUL ATAU TIDAK), LF BYK GUNAKAN KAEDAH KLIK PICTURE. KEBANYAKAN MAKLUMAT DIKUMPUL DAN DILETAKKAN DLM 3 BLOG YG LAIN (LF2, LF3,LF4).
zareliqa afiqa berkata…
ehee :D Mesti banyak keje tu kan.huhu~
Unknown berkata…
SALAM,
SINGGAH SEKALI LAGI. JEMPUT KE BANGI PADA 18 DIS INI. BOLEH KITA BERBUAL PANJANG
Polskahackrew berkata…
maintainance blog ni memang perlu bro klu nak blog mesra reader.. setiap kali edit template.. mmg sy akan terus check page load..

P/S : Rindu ngan kelajuan page loading 383ms..huhu



Tips melajukan page loading 3
THE AUTHOR berkata…
Maaf Datuk..
Sibuk kemas blog tadi kena bx....
Teknik yang digunakan oleh LUAHFIKIRAN kita namakan hotlinking..
ambil gambar dari blog lain..
Bila say acheck ...memang best..loading time LF ...bawah 5sec..
bagus cara ni..
tapi ingat kena buat "nofollow" sebab kita pinjam URL dari blog lain..nanti hilang lak pagejuice..hehhe
THE AUTHOR berkata…
Nanti saya buat entri pasal hotlinkling....
tapi cara ini samada lajukan loading time kalau ikut result LF...macam berjaya ajer..
entah lerrr
Tanpa Nama berkata…
macam ne ye nak tahu widget yang dalam blog berat??plz3..blur part ni..coz tadi check load time nya 14.57s adoii
THE AUTHOR berkata…
kekeke..biasalah bila dah lama berblogging ..
jap I scan u punya blog dulu...hahhaa