"Polis Bollywood" dibuang kerja

"Polis Bollywood" dibuang kerja

 Anggota polis, Norman Kamaru yang terkenal menerusi video yang menunjukkan dia melakukan ‘lipsync’ dan gaya seperti artis filem Hindustan, akhirnya dipecat secara rasmi dan tanpa hormat daripada pasukan Polis Republik Indonesia, semalam.

Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan kod etika di Pejabat Polis Daerah Gorontalo yang dipengerusikan oleh Adjutan Komander Kanan, Mahmur.

“Norman dipecat secara tidak hormat sebagai anggota Polis Republik Indonesia kerana tidak datang bekerja selama dua bulan,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Saud Usman Nasution di Jakarta.




 Menurutnya, Norman memohon untuk berhenti sebagai anggota polis tetapi dia enggan melalui proses pemberhentian. “Selama menjalani proses pemberhentian itu, dia seharusnya datang bekerja. Bagaimanapun, dia tidak berbuat demikian. “Permohonan berhenti seharus melalui proses tetapi dia tidak hadir bekerja selama dua bulan,” kata Saud.

Norman adalah anggota Briged Mobil (Brimob) dan video menunjukkan dia melakukan ‘lipsync’ serta menari mengikut rentak lagu ‘Caiyya Caiyya’ ketika bertugas tersebar luas menerusi Youtube, menyebabkan dia menjadi terkenal secara mendadak

Catat Ulasan

5 Ulasan

shahdiana berkata…
dia tak sabar nak berenti dah tu..mungkin income dia dapat lebih pada jadi polis kot
Unknown berkata…
mmg menanti nak berhenti keja kut ;p
Harun Ar berkata…
Dipecat dengan tidak hormat.
Panas setahun dihapus dengan hujan sehari (pepatah lama)