Steve Jobs Dapat Anugerah

Steve Jobs Dapat Anugerah



Dah meninggal duni abaru nak kasi macam-macam penghargaan!! Time orang tu hidup hargailah kegeniusannya!!  Dunia macam ni ler..sama kes macam Tun P. Ramlee...dah tiada macam-macam anugerah kau orang kasi dan gelaran...huhhhuhuh


 Pengasas syarikat Apple, Steve Jobs akan menerima anugerah Grammy di atas sumbangannya terhadap teknologi dalam dunia seni.

Jobs, yang meninggal dunia akibat barah pada Oktober lalu, adalah seorang daripada 12 orang penerima penghormatan itu yang akan diberikan pada 11 Februari depan.

Ciptaan teknologi oleh Jobs diakui membawa perubahan besar kepada cara orang ramai mendapatkan muzik, rancangan televisyen, filem dan buku.

Penerima lain anugerah kehormat Grammy itu adalah penyanyi Diana Ross, Allman Brothers, Glen Campbell, Antonio Carlos Jobim, George Jones, dan Memphis Horns.




Catat Ulasan

0 Ulasan