Anak beranak Pembunuh

Anak beranak Pembunuh

Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara seumur hidup selepas juri mendapati mereka bersalah membunuh tiga adik beradik perempuan dan isteri pertama lelaki itu.
Juri mengambil masa 15 jam sebelum mendapati Mohammad Shafia, 58, isteri, Tooba, 42 dan anak mereka, Hamed, 21, bersalah atas tuduhan membunuh.
Keempat-empat mayat itu ditemui pada Jun 2009 dalam kereta yang tenggelam dalam satu terusan di Kingston, Ontario, tempat keluarga itu berhenti dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara.

Pendakwa raya berkata, ketiga-tiga adik beradik perempuan itu dibunuh kerana memalukan keluarga dengan berpakaian tidak senonoh, keluar dengan teman lelaki, bersosial dan bersembang menerusi Internet

Catat Ulasan

2 Ulasan

Cikrosecute berkata…
hish! teruknya...
Mak Usu berkata…
Ish..sanggup bunuh anak..