Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA

Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA


Penyanyi remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.
Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.
Bieber merupakan penyokong pasukan Toronto Raptors.
Dia yang merupakan kekasih penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, 19, turut menyaksikan pasukan sorak Toronto Raptors membuat persembahan di Pusat Udara Kanada.
Bieber duduk di barisan depan penonton semasa dia menonton persembahan pasukan sorak tersebut yang berpakain skirt pendek berwarna merah.
Namun, pasukan kegemaran Bieber itu tewas kepada Indiana Pacers dengan mata 90-85 dalam perlawanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA

Catat Ulasan

3 Ulasan

Pondok Usang berkata…
kecil-kecil cili padi..
selamat tahun baru en Hanif..
Azlan Strider berkata…
dia ade scandal laa tu ngan cheerleader..hehehe

Regards,
-Strider-
MalizaMah berkata…
well.....

ohhh ya.. terus sukses... pada 2012 ni.....