Gedempol Pujaan

Gedempol Pujaan

PEMINATNYA mahukan dia segemuk yang mungkin dan dalam sekelip mata dia menjadi bintang di kalangan masyarakat yang sukakan wanita bertubuh besar dan sanggup membeli piza untuk membantu dia terus gemuk.
Namun, kehidupan sudah berubah bagi Donna Simpson. Ibu dua anak itu yang mempunyai berat badan 272 kilogram berpindah dari New Jersey ke Akron, Ohio selepas tunangnya, Phillippe Gouamba, 49, mengakhiri hubungan mereka yang terjalin selama lima tahun.
Donna yang setinggi 1.6 meter meninggalkan dunia fantasi itu dan menggantikan video mengenai tabiat buruk makannya dengan blog mengenai perjalanannya menuju kehidupan lebih sihat. Beratnya susut sebanyak 39 kilogram sejak mula diet.

“Saya sedar saya adalah fantasi mereka,” katanya mengenai peminat yang sanggup berbelanja untuk membelikannya lebih banyak makanan.

Catat Ulasan

0 Ulasan