Syukur Alhamdulilah, projek Genting Highland telah berjaya dan sukses. Mula-mula memang pening sangat-sangat dengan tambahan wang untuk kereta kabel, ada budak yang tak jadi pergi dan bertekak dengan owner bas yang buat aku marah lambat inform tiket naik....hehehehhe.
Pada 31.12.2011 kami bergerak ke Genting Highland dan tiba pada pukul 4.00am. Kami berehat di Gohtong dan pukul 6am bergerak ke tempat kereta kabel. Iskkk!!! penat aku carikan tandas dan surau untuk mereka sembahyang. Dah lah peserta ramai, tandas lak hanya ada 2 ajerr.. Tandas ada tapi pintu tutup sebab pagi sangat. Terpaksa aku bawa budak-budak ini naik lif ke hulu ke hilir... Akhirnya aku yang tak mandi...hehhehe.
Nasib baik bini dan anak-anak aku memahami, adik ipar aku pun ada temankan sekali. So aku tak risau sangat tentang mereka. Apa nak buat tanggungjawab ada dua, keluarga dan peserta...kena pandai-pandai urus ler.
Nasib baik ada member yang tolong sekali.
Sampai ke Taman Tema, apa lagi semua budak-budak sibuk bergambar...Itu aktiviti keutamaan termasuk aku sekali.kekekkek. Ramai yang happy aku tengok, terutama yang tidak pernah ke Genting Highland.
Anak-anak akupun happy. Members aku pun happy. Aku pun happy...
Kami balik dalam pukul 4.30pm. Bagusnya peserta aku ni semuanya mengikut arahan yag diberi. Paling-paling teruk pun yang tertinggal sebab ke tandas...kekekeke. Semua memberi kerjasama. Malahan drebar bas aku pun puji kebersihan bas mereka.
Singgah ke KLCC dan bergambar lagi.!!! Sampai ke Melaka pukul 12.00am. Letihnya badan aku, aku tak tidur seharian..
Balik rumah terus kabbommm.... So buat pertama kali entri aku ni pada hari ini hanya satu!!!
Dah rancang nak buat pergi Cameroon lakkk!!!
Siapa nak ikut!!!
3 Ulasan