Hari adalah hari permulaan anak-anak ke sekolah dan anak lelaki aku Haziq akan menjejak kaki ke sekolah tadika pada hari ini. Buat pertama kali bangun pagi dengan ceria dan siap kejutkan aku hantar dia ke sekolah tadika.
Pukul 8.00am aku dan mama dia pun sampai ke tadika dan mama di daftarkan Haziq di tadika Kemas. Pukul 9.00am kami pun meningggalkan dia kerana ada urusan dengan sekolah kakak dia dan rancang nak daftarkan sekali Haziq untuk Pra-Sekolah.
Buat pertama dalam 5 tahun kehidupannya beliau di tinggalkan seorang diri. Muka mengangguk semasa mama dia kata nak pergi sekolah kakak kejap. Muka yang ceria tapi terdapat kelat di dahi...emmm.
So tanpa membuang masa kami pun meninggalkan haziq keseorangan di tadika Kemas tersebut. Dalam pukul 12.00am kami pun ambil Haziq dan syukur beliau masih tersenyum. Lega hati aku.
Aku teringat mak aku kata, masa aku kecil-kecil dahulu hantar ke sekolah darjah satu aku menangis dan mak aku terpaksa tunggu kat sekolah...Entah lah samada benar atau tidak story tersebut...hehehheheheh.
Harap-harap gen nangis aku tak sangkut kat anak jantan aku sorang ni...kekekkekekeke.
Bila di tanya esok nak pergi lagi tak.. Dia jawab nak!!!
Lega !!!!
3 Ulasan
lawak plak ingt time dulu2.. :)