Supermodel, Heidi Klum semalam dilapor akan memfailkan tuntutan cerai daripada penyanyi Seal, enam tahun selepas mereka berkahwin.Menurut laman web hiburan, TMZ, dokumen tuntutan cerai itu akan difailkan di Mahkamah Agung Los Angeles awal minggu depan.
Heidi, jelitawan berasal dari Jerman yang berusia 38 tahun itu dilapor akan menggunakan alasan ‘perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan’ untuk menuntut cerai.Rabu lalu, Seal, penyanyi R&B yang dilahirkan di London, menulis dalam laman Twitternya: ‘Sudah berakhir.’ Seal, yang antara lagu popularnya, Kiss from a Rose, melamar Heidi dalam iglu yang dibinanya di glasier di Kanada pada Disember 2004.
Pasangan itu mempunyai tiga anak.
Seal juga secara sah menjadikan anak pertama Heidi sebagai anak angkat. Heidi mengandungkan anak itu ketika dia berkenalan dengan Seal.Heidi dan Seal terkenal kerana membaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun dalam majlis yang diadakan secara besar-besaran. Laporan mengenai perceraian mereka sudah pasti mengejutkan peminat.
Heidi, jelitawan berasal dari Jerman yang berusia 38 tahun itu dilapor akan menggunakan alasan ‘perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan’ untuk menuntut cerai.
Pasangan itu mempunyai tiga anak.
Seal juga secara sah menjadikan anak pertama Heidi sebagai anak angkat. Heidi mengandungkan anak itu ketika dia berkenalan dengan Seal.
0 Ulasan