Hukuman berat jual ubat haram

Hukuman berat jual ubat haram

Habislah penjual ubat kuat di Malaysia...suka-suka jual ubat yang merbahaya ni..Bagus!!
Hukuman lebih tegas termasuk penjara terhadap pihak yang menjual ubat tidak berdaftar dan berisiko kepada orang ramai sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, kementeriannya sedang meminda beberapa peraturan berhubung akta berkaitan ubat-ubatan bagi melindungi pengguna.
Antara akta tersebut termasuk Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun dan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956.
Tambah beliau, pindaan terhadap undang-undang berkaitan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.

"Kita sedang pertimbang untuk mengenakan hukuman penjara sebab apabila dikenakan penalti dan kompaun, didapati mereka ini tidak serik-serik.
"Ia amaran kepada orang ramai supaya tidak sesuka hati menjual ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian. Ini kerana ubat-ubat tersebut boleh menyebabkan implikasi kepada orang ramai," katanya di sini semalam

Catat Ulasan

1 Ulasan

shahdiana berkata…
macam mana ubat tu diproses..kena pantau dari stat diorang proses ubat tu baru btoi...