Jasin Melaka Bandar Tahi Burung .

Jasin Melaka Bandar Tahi Burung .



Keindahan ‘Bandar Bestari’ di sini, kini bagaikan hilang seri apabila najis burung mencemari beberapa kawasan bandar berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Tinjauan Metroplus ke bandar Jasin yang terbahagi dua iaitu bandar baru dan lama itu mendapati kawasan komersial serta bangunan yang dibina sebelum merdeka dipenuhi najis burung.

Masalah diburukkan lagi apabila bandar Jasin menjadi persinggahan unggas yang dipercayai berhijrah dari kawasan Asia Timur pada setiap awal atau penghujung tahun berikutan musim sejuk di sana
Najis berwarna putih itu mencemari papan tanda perniagaan, dinding bangunan dan lantai serta pembahagi jalan di kawasan berkenaan.

Peniaga, S Rajendran, 40, berkata hampir setiap hari dia dan pekerjanya membersihkan kawasan hadapan kedainya akibat dicemari najis burung yang bertenggek di bahagian atas bangunan kedai disewanya itu.

Katanya, bagi mengelakkan burung bersarang di siling hadapan kedainya, dia menutupnya dengan plastik.


“Kehadiran burung berkenaan mencemarkan kawasan ini, malah burung itu menjadikan wayar lampu tanglung yang dipasang di situ sebagai tempat bertenggek pada waktu malam.

“Hampir keseluruhan bandar ini dicemari najis burung dan boleh dilihat jelas dengan ia memenuhi papan tanda perniagaan.

“Masalah ini sudah kronik dan kami sangat berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasinya,” katanya di sini. Sementara itu, pembantu kedai makan, Habib Ibrahim, 18, berkata antara burung yang mendiami kawasan bandar ini ialah tiung, merpati, layang-layang dan walet.

Katanya, kawasan itu dipercayai menjadi penarik bagi burung berkenaan apabila terdapat pihak memasang bunyian bagi menarik kehadiran burung walet dan mungkin ia juga menarik unggas lain.

“Pada waktu senja kawasan ini dipenuhi ribuan burung sehingga menimbulkan bunyi yang terlalu bising.

“Pencemaran najis burung itu juga menyebabkan bau busuk sehingga kami tidak lagi menyewa tingkat atas sebagai kediaman,” katanya.

Seorang lagi peniaga y

Catat Ulasan

1 Ulasan

Cik mama berkata…
Ish..ish..ish.. tiap harilaaa kna basuh keta kot, klu cik mama duk kat kwsan tu mau nagis kot.. hehheh