Melaka setuju bayar pampasan bas henti-henti

Melaka setuju bayar pampasan bas henti-henti

Kerajaan negeri bersetuju membayar pampasan berjumlah RM7.2 juta kepada syarikat dan pekerja bas henti-henti di negeri ini bagi menyelesaikan isu pengambilalihan perkhidmatan itu sebelum 1 Februari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bagi menanggung kos pembayaran pampasan itu, kerajaan negeri akan meminjam daripada beberapa agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, jika semuanya berjalan lancar proses pembayaran kepada syarikat bas terbabit akan dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Memandangkan peruntukan Kerajaan Pusat belum diterima, jadi kerajaan negeri terpaksa meminjam beberapa agensi kerajaan negeri bagi membayar pampasan itu bagi memastikan pengguna bas tidak alami kesulitan," katanya di sini, semalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan