Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan

Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan


Akhirnya Cikgu juga yang salah padahal cikgu nak meleraikan mereka. Biasalah budak remaja gaduh, lupa ingatan. Tah-tah dia orang terpukul Cigu mereka masa gaduh. Tu yang naik berang Cikgu dia...hehehe
Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Catat Ulasan

2 Ulasan

shahdiana berkata…
ntahla...tak kena anak kita mungkin kita tak tau...tapi dua belah side pun ada aalasan masing2 kan....mungkin cikgu cakap btoi..mungkin juga pelajar tu btoi...cikgu pun manusia biasa jugak...
org yg tw berkata…
ala,suma ni tipu je..pelajar 2 yang salah tp dia lak yang nak slahkan cikgu tu.dah memang pelajar 2 bergaduh.cikgu mana ske tgk pelajar gadoh..kalo dah slah 2 wat care salah la.