Pembayaran BR1M Kecoh Di Melaka

Pembayaran BR1M Kecoh Di Melaka

Suasana Sesak Di Sekolah Tinggi Melaka
Memang kecoh dan tiada sistemetik. Aku tak tahu di kawasan lain tapi di Melaka, daerah Melaka Tengah dan pusat kutipan di Sekolah Tinggi Melaka memang kecoh dan tiada sistematik.
Mak aku dapat surat dari kerajaan BN bahawa permohonan BR1M telah lulus dan dikehendaki daftar pada pukul 9.00am. So dalam pukul 8.30am aku bawa mak aku pergi daftar.

Kekecohan 1
Mula-mula kami dikehendaki confirm nama kami ada dalam list. Time ni start kecoh. Terdapat 4 kaunter untuk daftar nama tapi penyusunan kelam kabut. Mula-mula kata semua orang boleh beratur , so makcik-makcik ni beratur ler. Lepas tu kata kaunter pertama huruf dari A ke C sahaja. Then tetiba tukar dari A - Han. Memang kecoh.
Last-last orang yang datang dulu beratur ke belakang disebabkan berpindah- randah satu kaunter ke kaunter lain.
Bila ditanya pada penjaga kaunter, dia cakap apa " Beratur dulu!!!". Panasnya hati aku masa tu tapi aku sabar ajer... Kurang ajar sangat-sangat, nasib baik aku tanya kalau mak aku tanya dia tengking macam tu, memang siap aku basuh dia!!! Bukan aku ajer dia kurang ajar tapi dengan semua orang. Tahu ler kau tu tension tapi dengan orang tua pun kau kurang ajer kerrr...
Akhirnya nasib baik ada mamat Majlis Perbandaran berbangsa India tuliskan nombor kat Kaunter ikut abjad....

Kekecohan 2
Selepas daftar semua penerima BR1 harus duduk di kerusi yang disediakan di dewan mengikut no giliran yang diberikan semasa daftar tadi.  Masalah timbul lagi,tak ada orang yag guide penerima ke kerusi mengikut urutan no kad. Macam mana nak ikut kalau dari awal pendaftaran dah kelam kabut!!!
Mula-mula dia kata semua penerima BR1M dari no 1 - 100 naik pentas, mak aku pun dah naik . Tetiba kata tak payah naik , dia orang nanti jumpa kat bawah...
So berterabur ler kedudukan penerima BR1M.  Last-last ada satu pompuan tu pakai pembesar suara suruh semua ikut no kad. Kalau kat kerusi tu ada tulis no tak per juga... Kecoh betul!!!
Aku malas nak layan suruh mak aku duduk diam-diam, akhirnya pompuan tu turun jerit panggil penerima susun ikut no kad 1 - 100. Kan senang!!!

Sesak
Kekecohan 3
Selepas wakil kerajaan kasi baucer kepada penerima no 1 - 100 ( Mak aku no 97), dia orang suruh pergi beratur lagi untuk pengesahan baucer dan kemudian ke kaunter BSN ambil wang. Bayangkan, tukang kasi baucer lagi cepat yang kasi duit!! Maka jammed panjang kat kaunter BSN tu.. Kecoh betul!!
Ada yang dah beratur panjang tapi kena potong line....Kecoh Betul!!!
Akhirnya setelah 2 1/2 jam , urusan aku dan mak aku selesai...

Memang malas nak nak cerita panjang-panjang. Aku kasihankan warga emas yang terpaksa berdiri  dari daftar hingga ke baucer dan kemudian beratur lagi tunggu wang. Tahu ler kita nak dapat wang percuma tapi kena pertimbangkan warga emas yang lutut-lutut longgar tu!!!
Sebab tu ler DAP pegang Melaka Tengah kerana orang bawahan BN kerja kelam kabut!!!!
Yang dapat nama busuk BN juga, tapi yang buat hal orang bawahan BN yang kononnya mereka yang beri wang kat kita...
Kalau mana-mana wakil JKKK kerrr...wakil kerajaan Negeri Melaka yang terbaca blog aku ni ...tolong ambil tindakan untuk perubahan fasa kedua.
Urusan BR1M pada 15/1/2011  di Sekolah Tinggi Melaka memang tiada persediaan !!!
Jangan kata , ini baru fasa 1 memang kelam kabut... takkan sopan santun pun nak di ajar!!!
Ini post bukan berunsur politik tapi luahan perasaan ...kekekekeke.

Catat Ulasan

8 Ulasan

shahdiana berkata…
apa kes jadi camtu...patut diorang dah plan macam mana nak buat tu kan..
PCL berkata…
takde sistematik, mgkn pemantauan dari pihak berkenaan tiada.. dah berlaku banyak tempat sblm ni spt bantuan kerajaan RM100 kpd murid sekolah....gembira berbaur kecewa.
Tanpa Nama berkata…
kcian pada glongan berumur la.terpaksa tunggu semue..hurmmm..
duan berkata…
wow! ade juga kes camni..tapi kan memang kes camni bese sangat dah jadi, yang kita menunggu ni kena la sabar sebab nak dapat benda free kan..malang la dapat orang yang uruskan lambat camni,,
kak gojes berkata…
erm..mmg kecoh...yg suruh beratur tu pun x reti mengatur ker?
THE AUTHOR berkata…
memang biasa beratur macam , macam daftar kat U macam i gak..heheheh. Tapi aturan kelam kabut dan seperti semua kata, aku memang kasihan tengok warga emas yang beratur terlalu lama...iskkk
Cik mama berkata…
Kelam-kelabut jadinya.. cian kat org2 tua laaa..
Tanpa Nama berkata…
sama aje di kuala lumpur. semalam aku ke tmn medan mengambil baucer RM500. kelam kabut. Ini mencari publisiti murahan saje. kenapa tak kirimkan cek dengan nama dan no pengenalan. kenapa nak diserahan dengan orgx2 politik ini? kesian orang ramai kene dengan berjam jam ceramah baru dapat duit. keji betul.