Salam Sejahtera diucapkan dan Selamat Tahun Baru 2012...
Ini adalah schedule post tepat 12.00am ia akan dihantar ke blog ini.
Sepanjang tahun 2011 apa pencapaian kita? Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda sepanjang tahun 2011.
Adakah tahun ini anda mempunyai azam yang baru? Untuk aku azam tahun 2012 ialah seperti tahun-tahun terdahulu, semoga dilindungi oleh Allah dari segala kealpaan dan diberkati dengan limpahanNya.
Tapi satu ajer aku belum berubah, panas baran di tempat kerja!!! Memang susah kot selagi aku berada di production line...kekekekeke. But cuba lagi tahun ini, mengurangkan amarah aku yang selalu mengarut-ngarut ini.
Sepanjang tahun ini aku bersyukur, perniagaan Halinis Food berkembang baik dan pernah mendapat tender pada hari puasa dan lonjakan pada Hari Raya yang lalu. Kini aku kekalkan dengan satu produk sahaja.
Selain itu sebagai blogger, syukur alhamduilah setelah setahun berlibur dengan dunia blogging dapat juga PR1 dan Alexa yang semakin baik. Bahkan Nuffnang juga telah memberi aku peluang dengan menghadiahkan BE kepada aku.
Selain itu aku berjaya membeli set lensa kamera aku menggantikan yang lama...kekekkek. Malahan aku juga mendapat booking oleh rakan aku pada bulan Jun ini mengambil gambar perkahwinanan beliau. So tahun depan aku terpaksa beli wide angel lens...hemmm.
Tahun 2011 adalah tahun yang baik dan sebagai manusia kita juga lari dari masalah. Itulah kehidupan normal sebagai manusia. Ada beberapa masalah tapi dapat diatasi samada dari segi kewangan atau persahabatan.
Tahun 2011 juga mengajar aku keperitan berniaga, Apa itu Berniaga? cakap mudah tapi melaksanakan amat susah..
Akhir kata Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakan blogger yang telah menyokong Hanif Idrus Blog. Dan harapan 2012 agar blog kita akan menjadi lebih mantap dan kukuh!!! Insyallah...
Dan ingat bulan-bulan kelalaian manusia hingga terjebak ke maksiat kebiasaannya ialah Hari Valentine dan New Year. Dimana banyak hiburan yang disajikan, so berhati-hati yek!!!
3 Ulasan