Topi Keledar Kura-Kura Haram !!

Topi Keledar Kura-Kura Haram !!

Ramai penunggang dan pembonceng motosikal dikesan masih menggunakan topi keledar ‘kura-kura’ yang tidak menepati kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, ia terbukti berdasarkan rekod yang dicatat oleh pihaknya setiap kali melakukan operasi dan kempen keselamatan jalan raya di negeri itu.

Katanya, hampir 40 peratus kesalahan tersebut dikesan melibatkan penunggang dan pembonceng dalam operasi di jalan Persekutuan berbanding kurang lima peratus di lebuh raya.
“Semua orang tahu bahawa topi keledar yang tidak menepati piawaian terutamanya helmet ‘kura-kura’ memang tidak selamat dan tidak dapat menghalang kecederaan di bahagian kepala sekiranya berlaku kemalangan.
“Selain memberi alasan tempat yang dituju dekat, ada penunggang menggunakan topi keledar jenis ini supaya mudah menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal,” ujarnya

Catat Ulasan

15 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sebenarnya gune helmet penuh sesuai selit handphone. hahaha.. xpayah nak pegang. =.=
izla berkata…
kat KL/Selangor ni dah jarang nampak org pakai helmet kura-kura ni..
Unknown berkata…
helmet tu agak bhy sbb x menutupi keseluruhan kepala.
Diari Si Froggie berkata…
nama dia helmet kura2 rupa2nya..baru tahu, kiranya kalau pakai helmet kura-kura nie macam tak pakai la erk.. tak safety lah gitu.
Unknown berkata…
penjual reflesia .. betul3 .. memang terselit kat situ pun kalau hujan .. kih3 ..
THE AUTHOR berkata…
Tapi kalau moto besau pakai helmet kura-kura tak salah lak!!
Emmm!
cik asam jeruk berkata…
helmet ni bese org nk scooter suke pakai..mcm ala2 stylo giteww
MalizaMah berkata…
Topi ni rasanya.. naik basikal bleh kot...
hihokkkk
Cik mama berkata…
masa sekolah dulu klu ayah nak anta sekolah then suh pakai topi ni memg tak moh pakai...hhahahahah
Unknown berkata…
Tapi kalau pakai helmet sten g ni...nampak gaya,,hehehe
shahdiana berkata…
TAK LEH PAKAI EK...TAPI BUDAK-BUDAK PAKAI CUTE APA....
Fathiah Hamim berkata…
hari tuh baru nampak sorang mamat naek moto besau pakai helmet neh.
nampak cool gila hehe
Tanpa Nama berkata…
hahaha kene beli helmet..lalala.hihi..osak tudung..hihi tapi otak lebih bernilai
nia berkata…
helmet kura2 comel apa..hehe