Wanita menari beramai-ramai sebagai tanda protes

Wanita menari beramai-ramai sebagai tanda protes

 Bodoh!!! protes yang menghairahkan... Alsan protes sebagai  menentang diskriminasi terhadap wanita...hehehhe. Kan ada tindakan yang lebih profesional selain buat tarian... Minta maaf kalau orang kata bahasa aku kasar tapi untuk aku mengarut!!
Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam.
Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep.
Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda.
Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Post semalam.
Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam.
Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini.
Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan. -

Catat Ulasan

1 Ulasan

nia berkata…
protes dengan menari?? apa kes mereka2 ni. adoiyaai