Azura 2012 Lagi Baik Dari Filem Asal

Azura 2012 Lagi Baik Dari Filem Asal

Azura
Aku belum tengok lagi filem Azura 2012 tapi ramai kata filem ini tangkap leleh baik punya. Aku akan pergi kalau isteri aku ajak ..kalau tak jangan mimipi.
Perasaan ego aku yang hampir terobek masa tengok filem "Ombak Rindu" masih terpahat di lagi...huhuhu. Hampir nak nangis....kekekek

Pada 28 tahun lalu, filem Azura menjadi satu fenomena, apabila filem cinta itu berjaya menarik perhatian ramai sehingga diingati sehingga ke hari ini.

Azura bukan hanya terkenal kerana jalan cerita dan lakonan dua bintang terkenal, Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy), malah himpunan lagu menarik di dalamnya turut menghangatkan filem berkenaan.

Filem terbitan dan arahan Deddy M Borhan itu juga muncul sebagai filem Melayu pertama berjaya mencatat kutipan pecah panggung, apabila mula ditayangkan sekitar Disember 1984.

Dek populariti dan kekuatan pada filem terbabit, pengarah Aziz M Osman, mengambil keputusan menghasilkan semula filem Azura menerusi garapannya tersendiri tanpa lari dari cerita asal.

Mengetengahkan bintang sedang meningkat naik, Neelofa dan Shahrizal Jaszle sebagai Azura dan Zack versi baru, sentuhan Aziz menerusi Azura 2012 sangat berbeza berbanding filem arahan Deddy M Borhan itu.

Tanggal 2 Februari lalu, Azura 2012, ditayangkan di pawagam seluruh negara dan mendapat reaksi pelbagai di kalangan pencinta filem. Mampukah gandingan Neelofa dan Shahrizal mengulangi sejarah kehebatan Jamal dan Ogy?

Catat Ulasan

3 Ulasan

kak gojes berkata…
rugi plak tal tengok masa kursus ari tu
shahdiana berkata…
mungkin sebab pelakonnya yang muda-muda kot...hehehe...ala hanif..tengok ceta camni tak runtuh ego lelaki tau...tapi lebih kepada motivate lelaki itu sendiri...hubby akak pun tak layan ceta tangkap leleh ni..
Tanpa Nama berkata…
mas xminat.
tapi ramai kata citer tuh xbest gak.tpi klu bnding yg lama,myb moden sikit n bhsa ok kut