Jenguk Ayah Kerana Harta

Jenguk Ayah Kerana Harta

ayah
Memang tahap sedih aku baca berita ini, apa punya manusia aku pun tak tahu!! Sejak kebelakangan memang aku suka ajer marah!!!
Tapi ini ler minggu yang paling aku marah!!!
Walau apapun perangai ibu bapa kau, ia tetap ayah dan ibu kau. Ya, Allah aku berharap aku tak jadi seprti mereka. Sedih sangat-sangat!!

Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75 tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.
Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.


“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.

Catat Ulasan

10 Ulasan

kak gojes berkata…
contoh anak2 yang memang tahap kurang ajar...saya pon ada terbaca nio..buat sakit ati aje
ch000tz berkata…
punya harta pun susah, tak punya harga lagilah susah...moga kita tak seperti mereka..inshallah..




http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/little-girl-sings-like-pro.html
Unknown berkata…
Allah... sedihnyer . Tapi ada jugak yang xjenguk langsung , tetiba bila ayah dah xde lagi kat bumi ni , kalut datang umah adik beradik untuk berkira pasai harta~ sedih!
shahdiana berkata…
jasa kedua ibu bapa boleh ke kita balas..wang ringgit mungkin boleh balas tapi kasih sayang & perhatian..penat lelah...arap-arap akak pun tak tergolong dalam anak macam tu...
shahdiana berkata…
hanif...dah tinggalkan address tak..hadiah hanif je akak tak pos lagi...
LaLa mhdnor berkata…
Ya Allah, nape ada orang yang sanggup buat macam tu? ayah kandung tu, haish...
teratai berkata…
sedih amat2...kenapalah sudah tiada kasih sayang dlm hari mereka??
THE AUTHOR berkata…
Kenapa masih ada orang yang mempunyai hati seperti itu tanpa rasa bersalah?
Pelik sangat!!
Mawardi yunus berkata…
bila tengok tjuk dh terasa nk marah :p
Unknown berkata…
ank dia xdak prsaan ke buat camtu.. kesian kan..