Menteri Badan Usaha Milik Negara, Dahlan Iskan berkata, kementeriannya bekerjasama dengan kumpulan rock Indonesia, Slank tahun ini untuk menghentikan amalan penumpang duduk di atas bumbung kereta api.
“Penumpang yang menghentikan amalan duduk di atas bumbung kereta api akan diundang menghadiri parti bersama Slank. Saya sudah bercakap dengan mereka dan kumpulan itu komited untuk menyebarkan kempen berkenaan,” katanya, semalam. Dahlan berkata, dia berharap lebih ramai penumpang akan menghentikan amalan duduk di atas bumbung kereta api kerana ia amat berbahaya. “Kita akan mengadakan parti itu secepat mungkin,” katanya
0 Ulasan