Minta Jurunikah Kasi Diskaun

Minta Jurunikah Kasi Diskaun

Tengok!!! Artis popular pun minta diskaun nak kahwin...hehehehe. Yang kita ni kadang-kadang sanggup bergadai untuk buat majlis pernikahan....
Yang penting akad nikah tu...

Aktres dan penyampai terkenal, Ayu Dewi, sekali lagi mencuri perhatian ramai ekoran laporan dia meminta jurunikah memberi potongan harga bagi urusan pernikahannya bulan ini.
Media melaporkan, Ayu bimbang apabila kos menyempurnakan urusan perkahwinan kini semakin tinggi.

Kata Ayu, dia masih menjalankan persiapan menjelang pernikahannya tidak lama lagi.

“Mudah-mudahan jurunikah mahu memberi diskaun untuk urusan itu nanti,” katanya.

Menurut penyampai program Dahsyat terbitan stesen televisyen RCTI itu, dia sengaja merahsiakan rancangan pernikahannya.

Malah, setiap kali ditanya, Ayu sering berhelah
 
Semalam, Ayu, 27, mendakwa konsep majlis yang bakal berlangsung itu masih belum diputuskan.

“Tidak pasti sama ada saya akan menggunakan khidmat perunding atau menguruskannya sendiri.

“Apa yang penting, majlis itu nanti dilangsungkan mengikut adat tradisi dan semoga semuanya lancar,” katanya. Tahun lalu, Ayu sepatutnya berkahwin dengan aktor dan ahli politik, Zumi Zola.

Bagaimanapun, rancangan itu tergendala apabila Zumi terpilih sebagai Ketua Daerah Tanjung Jabung Timur.

Hubungan mereka putus secara rasmi pada April 2011

Catat Ulasan

1 Ulasan

agak masalah berkata…
kita je yang nak bergolok gadai semata2 nak puaskan hati orang lain. x paham la.