Nenek berusia 15 Tahun

Nenek berusia 15 Tahun

nenek
Mula-mula baca pun aku nak ketawa..lahir pada tahu 9 tapi gambau..kekekekke. Kasihan nenek ni......
Puan Ahmad, nenek yang MyKadnya memaparkan usia 15 tahun dan gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disebabkan kesilapan tarikh lahir boleh menarik nafas lega, apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar memproses semula borang rayuannya selepas membaca kisah berkenaan di Sinar Harian, semalam.
Menurut sumber jabatan itu, pihaknya akan meneliti semula permoho­nannya berikutan dia berusia lebih 60 tahun.
“Tidak kira mempunyai tanggungan atau tidak, warga emas yang berusia 60 tahun tetap diberikan bantuan berkenaan,” katanya.

Ditanya sama ada LHDN Kangar menolak permohonan dan rayuan Puan disebabkan usia yang tertulis pada MyKad, katanya, mereka yang berusia 16 tahun sebenarnya tidak mempunyai tanggungan kecuali sudah berkahwin dan mempunyai anak serta menjadi ketua keluarga.
“Ada permohonan ditolak kerana nama tanggungan di bawahnya sama dengan orang lain, apa pun, dalam kes nenek itu, perkara ini tidak timbul dan kami akan memprosesnya secepat mungkin,” katanya.
Mengulas mengenai permohonan yang pernah ditolak LHDN, menurutnya, ia berlaku kerana tiga faktor, iaitu kesilapan semasa memasukkan data atau kad pengenalan, keraguan terdapat pada borang diisi dan mereka berstatus Bukan Warganegara.
Begitu pun, katanya, LHDN tidak boleh mengimbas data kad pengenalan lama dan untuk mendapatkan BR1M, mereka perlu memperbaharuinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Catat Ulasan

10 Ulasan

Unknown berkata…
macam manalh boleh tersilap. kesian nenek ni.
Unknown berkata…
lorh... kangaq tu...
kindergartenlibrary berkata…
awet muda nenek tu ! hehehe
Unknown berkata…
atototo..nenek muda ni?? ish3. kalah umur aku. hehe, nasib baik tu kesilapan. (:
kak gojes berkata…
erm kesian nenek tu
nia berkata…
terbaru..rupa2 nya nenek ni berusia 116 tahun
shahdiana berkata…
alahai kesiannya nenek ni...nasib baik dapat proses balik kan...yelah dia pun layak untuk dapatkan BR1M jugak
Tanpa Nama berkata…
hihihi kcian gak kn..alih2 dah brtus thn..hope mereka bntu n betulkn balik
teratai berkata…
kalau dah rezeki tu...akan dpt juga akhirnya. Tunggu aje lah...
Harun Ar berkata…
Nah.. siapa yang silap ni....
kalau tak jadi dapat kesian nenek la......