.K Rowling, yang mencipta nama menerusi novel Harry Potter, kini beralih angin dan mahu menerbitkan novel golongan dewasa.
Menurutnya, buku ini mempunyai perbezaan yang jelas ketara dengan novel kanak-kanak bersiri Harry Potter.
Namun beliau tidak mengumumkan tarikh ia akan dipasarkan dan tajuknya.
"Kebebasan dan keberanian saya dalam memberi nafas baru kepada dunia penulisan ialah hasil kejayaan Harry Potter," katanya.
Penulis itu telah menerbitkan tujuh siri novel misteri dan fantasi Harry Potter, yang telah dijual lebih 450 juta naskhah di seluruh dunia.
Harry Potter yang mengisahkan kehidupan dan pengembaraan kanak-kanak di dunia sihir telah mencetuskan satu fenomena sehingga diadaptasikan dalam bentuk lapan filem blockbuster, dibintangi Daniel Radcliffe.
Sebagai nafas baru, Rowling telah memilih syarikat penerbitan baru, Little Brown.
"Saya mengakui saya menghargai setiap detik dalam menulis novel Harry Potter yang diterbitkan oleh Bloomsbury, namun novel kali ini akan memberikan kontra yang jauh berbeza.
"Saya amat gembira dengan pasukan penerbitan baru yang menjadi rakan kongsi yang hebat dalam dunia penulisan baru saya," katanya dalam satu kenyataan dipetik laporan BBC.
Penerbit Buku Little Brown, David Shelley berkata, pihaknya berbesar hati untuk menerbitkan buku Rowling.
"Bagi saya, ia adalah satu impian yang menjadi kenyatan apabila dapat bekerjasama dengan J.K Rowling," katanya.
0 Ulasan