Teh mampu kurang tekanan darah tinggi

Teh mampu kurang tekanan darah tinggi

Aku tak tahu mana lagi nak percaya, dulu kata kopi sekarang teh. Lepas tu kata caffein bagi untuk kesihatan, Sekarang kat ateh bagus untuk darah tinggi...Pening...
Paling senang minum air suam...ehhehehe

Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.
 
Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.
Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .
“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
betui2.. hoho...
bukan takat darah... stresspun leh ilang... insyaALLAH (KENE YAKIN... KALAU TAK YAKIN TAK JADIKS... HEHHE)
nazreen berkata…
teh o ais kat kedai mamak pon bole ea?haha...
shahdiana berkata…
kalo green tea tu mungkin la ada fungsi kot...banyak orang kata teh ni angin...
Cikrosecute berkata…
Teh angin hehehe Cik rose tak boleh minum..
dya nasir berkata…
dya pernah jgak yang teh baik utk kesihatan dari coffee..minum air suam pun bgus..haha.
Tanpa Nama berkata…
teh hijau kut.
mak darah tggi,tgk la nnti suggestkn.
tapi kami amal air suam lagi sedap.hihi