Tukang Tilik Ditikam Sampai Mati

Tukang Tilik Ditikam Sampai Mati



Seorang tukang tilik maut ditikam bekas suaminya kerana dia dan anak-anak dianggap tidak menghargai lelaki itu.

Kejadian jam 12.17 tengah malam semalam itu berlaku apabila suspek berusia 54 tahun datang ke rumah mangsa, Ung Siew Lin, 46, di Taman Saga.
Mangsa enggan keluar rumah apabila suspek memanggil dari pintu depan menyebabkan suspek berang sebelum memba­kar kereta Perodua Myvi di tempat letak kereta rumah mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, suspek kemudian masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dan berlaku pertengkaran hingga menyebabkan mangsa serta empat anak­nya melarikan diri.
Menurutnya, pergelutan berlaku di tempat letak kereta sehingga mangsa ditetak dengan parang.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di badan, kepala dan le­ngan, berpisah dengan suspek sejak tiga tahun lalu dan mangsa berpindah ke Taman Saga.
“Motif kejadian dipercayai apabila suspek berasa anak-anak dan mangsa tidak menghormati dirinya dan dia (suspek) dikatakan sering mengganggu keluarga ini.

“Parang digunakan suspek itu dibawa sendiri dan dia tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini,” katanya.
Dalam kejadian itu anak sulung mangsa, Wong Chiew Ling, 26, patah tangan kiri dan anak angkatnya, Chn’g Sheve Mei, 26, cedera di kepala dan ta­ngan kanan.
Manakala dua lagi anak kandung mangsa, Wong Chew Shen, 22, dan Wong Chew Wei, 21, turut cedera. Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Suspek berjaya diberkas kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, anggota Unit Kawalan Keselamatan (UKK), Liew Poon Soon berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mereka melihat kereta Perodua Myvi telah dibakar.

Katanya, anggota bomba turut dipanggil memadam kebakaran kenderaan tersebut

Catat Ulasan

0 Ulasan