Wanita China Mahu Tawan Tandas Lelaki

Wanita China Mahu Tawan Tandas Lelaki

tandas
Seorang pelajar di China berharap untuk menjadi wira untuk semua wanita di dunia dengan melancarkan gerakan “menawan” tersendiri tandas lelaki.

Letih kerana terpaksa beratur panjang untuk ke tandas wanita, Li Tingting menjadi tajuk utama apabila dia dan 20 wanita masuk ke tandas awam lelaki di bandar Guangzhou dengan membawa pelekat berwarna warni, mahukan masa menunggu yang sama untuk lelaki dan wanita.

Kini, dia bercadang untuk membawa bantahannya ke Beijing pula, di mana semua pemimpin negara akan berkumpul bulan depan untuk sidang tahunan di parlimen.

“Kami mahu pemimpin mengambil perhatian mengenai isu ini,” katanya.
“Ia adalah isu penting untuk ramai wanita. Ketika bantahan di Guangzhou, kami membuat kajian rambang dan mendapati majoriti penduduk menyokong kami,” katanya.

Media tempatan melaporkan, selepas bantahan itu, pegawai di wilayah Guangzhou bersetuju untuk menambah bilangan tandas wanita sebanyak 50 peratus, satu ikrar yang menurut Li perlu diambil di seluruh negara.

Isu itu menyebabkan debat di Internet, walaupun tidak ramai yang tertarik dengan bantahan itu.
“Rakyat Amerika ada gerakan “Menawan Wall Street” tetapi di China pula menawan tandas. Ia sesuatu yang sangat berbeza,” tulis seorang penulis blog yang menggunakan nama huashuo xian

Catat Ulasan

1 Ulasan

Mawardi yunus berkata…
GILE APA.. HAHAHAH.. pelik tol