Air Kelapa Sarbat Melaka

Air Kelapa Sarbat Melaka

Air Kelapa Sarbat

Seharian menguruskan mak aku di Hospital Melaka aku ajak isteri aku minum Air Kelapa Sarbat di Bertam Malim. Pernah dengar tak Air Kelapa Sarbat?
Selalunya kau orang selalu dengar Coconut Shake Melaka ajer..kali  ini aku perkenalkan hanya satu ada kat Melaka Air Kelapa Sarbat!!

Air Kelapa Sarbat ini menu utamanya mestilah air kelapa tapi dicampur dengan gula melaka dan sedikit halia dan ais. Fuhh!!! lega tekak kau masa minum panas terik ini.. Lepas tu pekena Rojak spesial dia sekali atau dia menu dia tulis Tau fu...

Aku nak khabar kat hang, gerai pakcik pernah keluar paper harian Metro pasal kehebatan Air Kelapa sarbat dia ini.

Lain kali kalau kau orang datang Melaka usha2 kat aku..Kalau ada masa aku bawa kau orang makan-makan spesial di Melaka. Dengan syarat aku duduk kat depan sekali, makan minum ditanggung...hehehehehe.
Akhirnya aku berjaya buat entri pasal makan-makan..asik kau orang ajer yang buat post.....hahahhaha.

Perkembangan mak aku seperti biasa sihat sahaja. Esok adalah pembedahan beliau. nasib baik kakak aku ket Perak balik boleh kurangkan beban aku sikit. Kalau tak terkonteng-konteng aku sorang-sorang,,hehehe Inilah nasib kalau keluarga kecik yekk!!

Nasib baik ada blog ini boleh tulis segala masalah dan peristiwa.. sempat gak aku updated..hehehe. Tapi blogwalking tak dapat ler...untuk 2 atau 3 hari ini..Sori yekk!!

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
oh..campur halia . mcm mana? sedaappp ke? moga mak en. hanif sihat senitasa (:
nizarazu berkata…
Alhamdulilah.. semoga ibu anda cepat sembuhh yek :)
Mr Labu berkata…
huhu.. boleh try nanti ni.. air kelapa sarbat ye..
Unknown berkata…
is xleh minum lagi ayaq kelapa... uhuk3
Tanpa Nama berkata…
air kelapa?huhuhu skli seumur idpp mas minum air kelapa time kene ckn pox..xllu nak abiz..xsuka sgt..mereka dok gelak2 coz smua suka excpt mas.hahahah

smga mak abg slmat dlm pmbdhan.insyaAllah..n cpt smbuh..amin

xpe..setel hal penting dulu
Unknown berkata…
kat area mana kedai tu...
btw, selamat menjalani pembedahan buat ibu hanif..
Semoga segalanya baik2 belaka..
Amin... :)
shahdiana berkata…
kecah air liur baca entry makan-makan ni...hehehhe