Satu pertanyaan secara jujur dari aku. Secara amnya hampir 99% blogger yang melebihi setahun usia blognya pasti minimum mempunyai 2 blog. Satu blog yang utama dan satu lagi pelbagai tujuan.
Dan dahulu aku pernah membuat post mengenai teknik blog dalam blog. Aku secara peribadi pernah mempunyai 4 blog serentak.
Blog utama Hanif Idrus Blog. Ini adalah blog yang paling kau sayang dan cintai ler.
Blog kedua Hanif Traffic blog. Blog yang menyimpan semua ping auto, search engine. Biasalah sebagai blogger baru dahulu kita perlu dan ghairah benda2 mcm ini..hehehe.
Blog ketiga Halinis Food blog merupakan blog perniagaan aku. Pernah dapat tender kerajaan disebabkan blog ini.
Blog Keempat ialah blog pelancongan negeri Melaka. Ujud kerana aku baru beli kamera dan semangat nak ketik gambar negeri Melaka..hehehe.
Dan yang terbaru ialah blog bloglist. Yang digunakan untuk blogwalking ke blog-blog yang exchange link dengan Hanif Blog.
Persoalannya adakah anda mampu mengawal blog-blog ciptaan anda ini. Pendapat aku ialah amat susah. Blog aku yang benar-benar aktif ialah blog yang ini dan blog bloglist. Tapi cuba tanya mcm mana aku jaga dua-dua blog ni.
Walau pun blog bloglist hanya letak bloglist sahaja tapi utk maintainkan nya sama seperti blog utama.
Apatah lagi jika blog kedua anda memerlukan post ? Lagi kusut... Masa yang diperuntukkan mengendali 2 blog ini memerlukan disiplin. Apa terjadi pada blog-blog aku yang lain. Terbiar begitu sajer..hahaha.
Dan aku ambil kesempatan menjadikan blog-blog ini sebagai spam blog yang link ke blog Hanif Idrus..hahaha. Kesimpulan yang aku nak kata ialah perkara normal mana-mana blogger mempunyai lebih satu blog.
Pertambahan blog pada mulanya adalah ghairah membuat konsep post baru. Kemudian perlahan ia menjadi keperluan sebagai penyokong blog utama anda sebagai meletak link2 dari blog utama, sebagai koleksi segmen2 dari blog utama anda atau anda upgrade jadi ping blog atau sebagai spam blog.
Itulah akhirnya blog-blog anda akan berlaku. Manakala yang berjaya membuat blog baru dengan konsep baru dan maintain buat post untuk kedua-dua blog saya ucapkan tahniah kerana anda seorang yang berdisiplin dan bijak mengatur masa. Tak mcm aku..hehe. Dah lama aku nak menaip tentang entri ni tapi masa tak der. Sementara aku menunggu mak aku dalam bilik pembedahan ini, dapat gak aku buat satu entri.
4 Ulasan
rajin gler hang...
tahniah... :)
(gila glemer ) walhal xde sape komenpun... hehe
ada yang lupa passwod dah... biaq usang camtu je , yang xtive 3 belog . baru2 ni delete satu... tinggai 2... hohoho
Semuanya tergadai..hahaha