Kegembiraan pasangan Paul dan Isabel Mason mendapat anak kembar tiga hanya bertahan kira-kira seminggu apabila bayi berkenaan ditakdirkan membesar tanpa ibu mereka.
Selepas lapan hari dilahirkan, Mattias, Lukas dan Sarah kehilangan ibu mereka kerana Isabel meninggal dunia akibat masalah jantung yang dipercayai terjejas akibat kehamilan.
Mason berkata, mereka begitu teruja apabila anak kembar terbabit dilahirkan.
“Saat seminggu kami bersama-sama begitu berharga.
“Mattias, Lukas dan Sarah adalah anak pertama kami dan kemungkinan besar yang terakhir,” katanya selepas pengebumian Isabel, semalam.
Menurut Mason, dia dan isterinya tidak sabar-sabar membesarkan anak mereka bersama dan berkongsi pelbagai minat seperti memasak, bermain gitar, bersiar-siar, berkhemah dan mendengar hujan turun.
0 Ulasan