Macam kata Zareliqa masa aku baca blog dia. Lorat betui...macam kau ni sekolah lagi..hehehehehe.
Yalah!!!! kita tumpang gembira untuk anak-anak yang melepaskan lelah setelah penat belajar.
Manakala untuk ibu-ibu yang sering mengambil anak yang balik dari sekolah boleh lega seketika terlari-lari mengejar waktu. Cuma pada waktu cuti sekolah ini ialah melayan keriuhan anak-anak yang nakal dan paling teruk bergaduh sesama adik beradik berebut sesuatu...hehehehe.
Dan kepada pasangan kekasih yag memendam rasa, inilah masanya membina masjid. Inilah masanya sedara mara bertandang ke rumah meraikan hari bahagia anda.
Manakala untuk nenek dan datuk inilah masanya anak-anak anda memberi sepenuh kuasa kepada anda menjaga anak mereka sepanjang minggu ini. Bolehlah nenek dan datuk bermesara dengan cucu mereka yang nakal dan manja.
Pada anak muda sekolah menengah pula, inilah masanya anda boleh merancang perjalanan seperti berkhemah mendaki gunung-gunung, konvoi-konvoi berhemah.
Pada ibu bapa yag berniaga pula, inilah masanya anak-anak membantu mereka sambil melihat kesungguhan anda bekerja untuk membesarkan mereka. Dan sebagai permulaan mewariskan perniagaan anda kepada mereka.
Dan kepada mereka yang tiada aktiviti, inilah masanya anda mengulangkaji pelajaran mengejar segala ilmu yang anda ketinggalan selama beberapa bulan ini.
Selamat berrcuti sekolah pada semua. Untuk aku jadual aku ialah menjaga ibu aku dalam sebulan ini hingga sembuh sepenuhnya dari kesan pembedahan. Dalam minggu depan insyaallah aku akan beraksi semula blogwalking kepada semua rakan-rakan. Tarffic aku semakin senak dilihat....setelah hampir 2 minggu tidak menjenguk rakan-rakan blogger kesayangan aku.
4 Ulasan