Dendam Punca Kematian Nurul Nadirah atau Dirang

Dendam Punca Kematian Nurul Nadirah atau Dirang

nurul nadirah
Aku terpanggil untuk menyiarkan artikel tentang penbunuhan kejam anak kecil bernama Nurul Nadirah atau Dirang yang comel ini. Dendam merupakan agenda utama pembunuhan anak kecil ini.
Tapi adakah dendam boleh menghalalkan kematian anak kecil secomel ini. Apa salah beliau?

Dan rasanya kehilangan beliau semasa ibunya meyuruh anak kecil berumur 5 tahun ke kedai membeli barangan rumah setelah seharian tidak menjamah makanan. Adakah wajar anak kecil comel ini dipertanggungjawabkan berjalan seorang diri pergi ke kedai dan penyebab kehilangannya.? Zaman sekarang ni mana boleh biarkan anak-anak sekecil itu merayau..dulu mungkin boleh. Banyak kes yang aku baca melibatkan kanaka-kanak diculik untuk jual organ atau dilacurkan.

Aku sebagai ayah merasa amat marah dan menyesal orang yang membakar anak kecil secomel ini demi memuaskan dendamnya. Dan aku amat marah terhadap ibunya, dengar khabar yang tersalah langkah dalam membuat keputusan disebabkan asik dengan facebooknya....Entahlah..

Jika anda baca di bawah pihak polis menyuruh ibubapa agar mengawasi anak mereka, tapi dalam kes ini bukan soal mengawasi tapi kurang pemikiran. Lainlah anak itu hilang di shopping centre atau taman permainan disebabkan kelekaan sekelip mata ayah dan ibu. In kerana budak-budak kalau tempat macam tu aktif  sangat...hehehehe. Dan aku pernah alami perkara begitu..ingatkan mak dia jaga ..mak dia ingat bapa dia jaga.. Itu pengawasan yang kurang peka. ....

Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
takziah utk keluarganya..
Cik mama berkata…
dlm kes dirang ni apa yg cik mama tahu, memg ibu dia sgt cuai, sgt percaya pada si kecik tu pergi keluar seorg diri.. ishhh sedih bila dipkkan prngai ibu bapa yg cam tu... mintak di jauhkan dari kita2 ni kan.. anak harta dua akhirt.. ermm
Azlan Strider berkata…
moga adik dirang bahagia di syurga allah s.w.t sambil ibunya membayar pengajaran yang sangat mahal..

Regards,
-Strider-
M@W@R Q@SeH berkata…
mmg sedih btul...kdg2 pelik juga budak yg baru umur 5 tahun di suruh gi kedai beli barang2 rumah...anak2 buah sy nk keluar depan umah pn x bagi sebab risau...tp dh ketentuan takdir kan ajal dia dh smp...ape pn kita jd kan pengajaran dr kes ni...
Unknown berkata…
hrmm. tak sangka org tu sampai bakar dia. dh la masih kecik, tak tau pa2 lagi. terkejut juga dengar berita ni kat tv. moga dia tenang di tmpt baru sana.
fieda berkata…
tak tarkata ape2 dgn kes ni..sedih sgt..yg penting peringatan utk diri sendiri agar jagalah anak elok2..
Tanpa Nama berkata…
aah..terkilan bila kanak2 ni jadi mangsa..

hari ni kes budak mati terapung kata tasik titiwangsa..pun kecuaian ibubapa.

hemmm
Tanpa Nama berkata…
AR dengar kata ibunya dalam pantang.. ape lagi yang boleh dibuat selain FB.. :)
Unknown berkata…
manusia dah semakin hilang sifat kemanusiaan..dah tak waras...takziah untuk keluarga arwah.. al-fatihah