Fatihah dakwa dirogol

Fatihah dakwa dirogol

fatihah
Tak habis-habis kes budak ni, sekarang kata kena rogol Tapi walau ia kata rela pun budak lelaki yang buat tu tetap kena penjara kerana bawah umur. Masih mentah berfikir.....
Inilah kalau ikutkan perasaan remaja kau  tanpa usul pikir 2 atau 3 kali. Yang susah ibu bapa. Lagi pening kalau tetiba mengandung lak..,.huhuhuhu.

Tapi mengikut polis selepas diperiksa ia masih lagi "dara" atau tiada tanda-tanda kena rogol. Budak ni memang ada masalah mental ler. Aku harap pihak polis jangan buang masa pada kanak-kanak mental ini dan tumpukan tenaga pada kes-kes penculikan yag benar-benar memerlukan pertolongan.
Hantar ajer budak ini ke sekolah pemulihan bawah umur dan pihak lain yang didik dia.

Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.

Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.

“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah menge­sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.

Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telekomunikasi berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, remaja itu akhirnya mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan

Catat Ulasan

7 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
sengal la bdk ni..haih ape nk jadi budak2 zaman skrg. masa time die kena culik dulu cikasam hari2 tggu je berita nk tau perkembangan kes. skali rupenye lagi ngn bf.rasa mcm di perbodohkan pulak. pastu ni klo betul2 kena rogol,lantak engko la..sendiri cari penyakit..
Tanpa Nama berkata…
kemaruk nk d rogol agaknya budak ni... hantar WAD terus...
Cik mama berkata…
cik mama baca kes budak ni, geramm jer rasanyakan.. buat tindakan tak pk langsung.. tau seronok jerr.. klu da kat dpn cik mama ni, piat telinga dia tu... biasa...
Tanpa Nama berkata…
macam sengal je dak ni?nak sgt idop ngan bf dia kut,sdgkn nak lari bf dia dok tlong dia..pe la..msih mentah sungguh..
Unknown berkata…
ksian kluarga dia.. mesti malu.. mnta prhatian agaknya budak ni.. sokong, budak ni mesti bagi kaunseling..
Azlan Strider berkata…
ade dengar gak spekulasi pasal tu tapi malas plak nak komen..tapi pendapat peribadi aku bf dia patut kena tindakan sebab bersubahat ketika dia menghilangkan diri..

Regards,
-Strider-
dya nasir berkata…
buat sesuatu tak pk panjang..memalukan keluarga je budak ni..