Gadis hilang tidak diculik.. Aparaaa punya anak!!

Gadis hilang tidak diculik.. Aparaaa punya anak!!

Siti Nur Fatihah

Semalam aku ada baca pasal budak pompuan yang diculik semasa beli kad pra-byar rupanya tidak diculik..Rupanya lari ke rumah teman lelakinya..
Tadi blogwalkig ..aku ada baca pasal budak pompuan ni tipu kena culik...
Mak dia pula kata dia amat mengenali anaknya yang tidak mempunyai teman lelaki...Rupanya ada!!!
Inilah budak-budak sekarang, memang bijak menyembunyikan benda-benda salah!!
Sekarang ni nak jadi ibu bapa memang mencabar dengan anak-anak yang depan mata kita pijak habuk pun tak bertanda rupanya  hantu jalanan....hehehehhe.
Katanya nak cari ketenangan tak mahu jumpa mak bapa dia...
Bukan nak cari ketenangan tapi takut kena belasah ngan bapa dia...( itu kalau aku ler)
Jauhkan ler aku dari menghadapi masalah seperti ini...
Kasihan mak bapa perempuan tu...
Jom baca!!!

Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.


Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.


Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
mungkin ibu bapa yg terlalu mgongkong n menekan anak2 mbuatkan mereka jd sgt tertekan.. ibu bapa skrg perlu pandai bermain emosi ngn ank2 masing2..maklum larh dunia smkin mencabar...

tp xstuju jgk ngn budak nie..erm.. mgkin blom mtang lg..tp sblum bertindak berfikirlah logik sikit..huhuhu
Unknown berkata…
sengal je budak pompuan nie.la nie mak bapak yg malu.nak cari ketenangan sampai menyusahkan semua pihak.cuba la buat sesuatu yg berfaedah.harap2 familiku tak akan buat pekara seumpama ini.memalukan keluarga.ciss..heheh sori tuan blog,terlebih eksyen lak type komen.
jahajahatable berkata…
macam-macam ragam budak2 remaja sekarang ni...
Encik Bell berkata…
igt nak buat ulasan jugak pasal kes ni tp tgh xde idea ngan mood lagi skrg... hehehe
Tanpa Nama berkata…
kena ROGOL baru masuk akal.. tekanan kenapa? adik beradik ramai, ke kurang diberi perhatian mcm anak kak rozita.
Wani. J berkata…
menyusah kan org tuee sja la

hish, 15 thun bru tu. nahai :D
teratai berkata…
Rasa dah spt tu bila baca kes ni....dlm hati duk kata "jangan2 lari ikut boyfrend"..rupa2nya betul sangkaanku!!
Unknown berkata…
baru je dngr berita ni tadi. hrmm, malu gak tgk prmpn tu. ada ke patut ikut bf dia. ish2.. susahkn parents lagi.
Cikrosecute berkata…
Betul hanif...takut kena belasah gan bapak dia...
Search ilmu berkata…
Nice article

Visit today,,, please visit back
shahdiana berkata…
itulah yang kesian sangat mesti mak bapak..macam nak gila ingat anak kena culik..jenuh pikir kemungkinan apa yang akan berlaku kat anak...